Thursday 21 April 2016

PENGURUSAN STRES DAN KECERDASAN EMOSI - ALYA

20 April 2016 - Apa itu stres ? Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stres atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.”

Bagi membantu dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan para pelajar, suatu program 'Pengurusan Stres dan Kederdasan Emosi' telah dilaksanakan kelmarin bertempat di Dewan Ibnu Sina SMK Jitra . Program yang melibatkan semua pelajar Tingkatan 4 ini amat bersesuaian dengan keadaan para pelajar yang sering mengalami stres terutamanya dalam pembelajaran .

Program yang disampaikan oleh Puan Rohaida Binti Abdul Rahim, salah seorang kaunselor di SMK Jitra ini bermula kira - kira jam 12:15 tengah hari . Program dibuka dengan pendedahan tentang definisi stres dan kemudian diikuti dengan simptom - simptom stres, kesan - kesan stres dan strategi menangani stres . Para pelajar juga turut diajar beberapa teknik untuk menghilangkan stres . Antaranya adalah dengan mengawal pernafasan dengan betul . Puan Rohaida juga telah menunjukkan video tentang teknik urutan bahu dan leher untuk menghilangkan stres kepada para pelajar . Para pelajar turut membuat amali urutan tersebut dengan pasangan masing - masing . Program selesai pada jam 1:30 petang .

Ternyata dengan adanya program sebegini, para pelajar akan mendapat banyak ilmu pengetahuan penting yang tidak pernah mereka ketahui sebelum ini . Jadi, mereka bolehlah mempraktikkan cara - cara yang telah diajar untuk mengatasi atau menghilangkan stres selepas ini .

Sebenarnya, sebesar mana pun masalah yang dihadapi, kita perlu sedar bahawa setiap masalah ada jalan penyelesaiannya . Terima kasih diucapkan kepada Puan Rohaida dan guru - guru yang terlibat dalam menjayakan program ini .

No comments:

Post a Comment

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BAKERS 2024

[ 21 April 2024 ] Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Bakers 2024. Semoga para bakers SMK...