Sunday, 5 June 2016

PEMERGIAN SEORANG GURU TERCINTA - Maryam

4 Jun 2016 - Tepat jam 7.05 petang SMK jitra telah kehilangan seorang guru yang amat berdedikasi, berwibawa, penyayang dan amat ceria. Beliau merupakan seorang insan yang amat disegani dan disayangi ramai. Namun, Allah SWT lebih menyayangi beliau. Seluruh warga SMK Jitra telah dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan. Allahyarham Ustaz Badrul Hisham Bin Hashim telah kembali ke rahmatullah akibat serangan jantung.

     Seluruh warga SMK Jitra merasakan kehilangan dengan pemergian Allahyarham Ustaz Badrul Hisham. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Mari kita sedekahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Ustaz Badrul Hisham bin Hashim.


No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN GENTA SUARA BINTANG POPULAR 2025

 18 OGOS 2025 Hari Isnin yang lalu, SMK Jitra telah menyertai Pertandingan Genta Suara Bintang Popular bagi peringkat Daerah Kubang Pasu tah...