Monday, 20 June 2016

PROGRAM RIMBUN - ALYA

27 Mei 2016 - Bagi menyemarakkan lagi rasa cinta akan alam semula jadi, sebuah program iaitu Program Rimbun telah diadakan bertempat di Taman Tasik Darulaman, Kedah . Pelbagai aktiviti diadakan dalam program tersebut . Antara aktiviti tersebut ialah senamrobik dan menanam pokok .

SMK Jitra telah menghantar 32 orang pelajar untuk 3 kategori iaitu kategori sekolah menengah, kategori Kelab 1 Malaysia dan kategori Pasukan Pandu Puteri . Seramai 8 orang guru turut terlibat dalam program tersebut .

Antara pihak yang menjayakan program ini ialah BDB Land, Team Darulaman Park dan komiti, Jabatan Perhutanan Negeri Kedah, Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, PPD Kubang Pasu, sekolah rendah dan menengah daerah Kubang Pasu, sekolah rendah daerah Baling/Sik, Universiti Utara Malaysia, Polis Daerah Kubang Pasu, Pasukan Bomba Kubang Pasu, Bank Rakyat, PTPTN Kedah, YADIM, para peniaga dan pengunjung Taman Tasik Darulaman

No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN KAWAB KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU 2025

 25 JUN 2025 Pada hari Rabu yang lalu, telah diadakan Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Beruniform peringkat Daerah Kubang Pasu pada tahun 202...