Saturday 3 September 2016

PROGRAM HALATUJU KERJAYA PELAJAR - ALYA

30 Ogos 2016 - Seramai 74 orang pelajar dari Tingkatan 4 telah pun menyertai Program Motivasi Halatuju Kerjaya Pelajar bertempat di Uitm Perlis . Para pelajar diiringi oleh beberapa orang guru iaitu Puan Norhasliza, Puan Aida Syafina, Puan Rohaida, Puan Ahlam, Puan Hafiza dan Puan Norrosni . Rombongan 2 buah bas ini tiba di Uitm Perlis kira - kira jam 9.30 pagi.

Program dijalankan di dalam salah sebuah dewan kuliah . Program dimulakan dengan serba sedikit suntikan motivasi bagi meningkatkan semangat para pelajar untuk terus ke menara gading yang disampaikan oleh seorang pensyarah dari Uitm Arau, Encik Mohd Ismail bin Abdul Rahim . Para pelajar seterusnya diperkenalkan dengan beberapa kursus yang terdapat di Uitm Perlis .Video tentang sejarah Uitm Perlis juga turut ditayangkan kepada para pelajar .

Seterusnya, program diserahkan kepada Pegawai Kaunseling Uitm Perlis, Puan Izzati binti Samsuri . Para pelajar diberi masa untuk menjawab soalan - soalan ujian kerjaya . Puan Izzati menerangkan kepada para pelajar satu per satu tentang halatuju kerjaya bidang masing - masing . Para pelajar juga diberi peluang untuk melawat makmal kimia sebelum bersurai .

Diharapkan agar segala yang disampaikan oleh Encik Mohd Ismail dan Puan Izzati ini dapat memberi manfaat kepada para pelajar . Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program ini .


No comments:

Post a Comment

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BAKERS 2024

[ 21 April 2024 ] Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Bakers 2024. Semoga para bakers SMK...