Wednesday 23 November 2016

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA - NISAH

10 Oktober 2016 - Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia telah diadakan di Hospital Jitra, Kedah.Beberapa orang pelajar dan guru daripada Pasukan Pandu Puteri SMK Jitra telah diberi peluang untuk membuat persembahan dan mengambil alih dalam bahagian fotografi. 8 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 4 telah terlibat dalam menjayakan persembahan ini manakala 2 orang jurugambar terdiri daripada pelajar tingkatan 4 dan pelajar tingkatan 2 iaitu Nur Alya Irdina(4Emerald) dan Nur Afifah Najihah(2Cemerlang). Antara guru yang terlibat bagi menjayakan sambutan ini ialah Puan Azhana , Puan Rahimah dan Puan Hajar Binti Dahaman.

Sambutan Hari Kanak-kanak ini dimeriahkan lagi dengan tetamu kehormat yang sudi mencemar duli iaitu YTM Dato' Seri Diraja Tunku Soraya binti  Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah. Antara pertandingan yang dianjurkan ialah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.Sambutan diteruskan lagi dengan persembahan cerita teladan untuk kanak-kanak dari SMK Jitra dan persembahan nyanyian lagu kanak-kanak dari Sekolah Kebangsaan Jitra 1.

Setelah selesai persembahan, YTM Dato' Seri Diraja Tunku Soraya binti Sultan Abdul Halim Muad'zam Shah melawat pesakit kanak-kanak di wad pediatrik dan memberikan cenderahati kepada mereka.Sambutan tersebut tamat kira-kira jam 1 tengah hari setelah selesai jamuan makan.

Diharapkan agar sambutan sebegini terus diadakan lagi pada masa akan datang.
 
Peserta persembahan bersama-sama doktor dan jururawat

Bersama - sama YTM Dato' Seri Diraja Tunku Soraya binti Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah

Bersama - sama pesakit kanak-kanak di wad pediatrik

No comments:

Post a Comment

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BAKERS 2024

[ 21 April 2024 ] Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Bakers 2024. Semoga para bakers SMK...