Tuesday 28 February 2017

KURSUS KENAIKAN PANGKAT SARJAN KRS PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU - NISA

23-26 Februari 2017 - Kursus Kenaikan Pangkat Sarjan KRS Peringkat Daerah Kubang Pasu telah berlangsung dengan jayanya di SK Kodiang. Kursus telah berlangsung selama 4 hari 3 malam. Sehubungan dengan itu , pihak sekolah telah bersetuju untuk menghantar wakil KRS putera dan puteri SMK Jitra sebanyak 8 orang untuk mengikuti kursus kenaikan pangkat tersebut. Antara pelajar tersebut ialah :

1. Ainul Mardhiah bt Amir Hamzah (KOPERAL)
2. Nur Alia Karmila Binti Khalid (KOPERAL)
3. Irdina bt Mohd Nordin (KOPERAL)
4. Aimi Afifah bt Masri (SARJAN) 
5. Muhammad Afiq Aiman bin Abdul Rahman (KOPERAL)
6. Muhammad Adib bin Md Noor (SARJAN)
7. Muhd Fahmi bin Mustar (SARJAN)
8. Faris Haikal bin Fairul Rizal (SARJAN)

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Semoga Kadet Remaja Sekolah dapat terus melahirkan lebih ramai lagi ahlinya yang berkemahiran dalam pelbagai aspek. 

Friday 24 February 2017

PROGRAM PELANCARAN SEMARAK BULAN BAHASA - Syamim

6 FEBRUARI 2017 - Pada hari Isnin yang lalu, SMK Jitra telah menganjurkan Program Pelancaran Semarak Bulan Bahasa yang bertempat di Dewan Ibnu Sina. Program ini dirasmikan oleh pengetua SMK Jitra, Encik Ahmad Rushdan Bin Abdul Aziz. Setelah selesainya perasmian daripada pengetua, program ini diteruskan lagi dengan persembahan daripada pelajar SMK Jitra yang mendeklamasikan sajak dalam pelbagai bahasa. Program ini dianjurkan bagi tujuan melahirkan insan yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dengan adanya program seperti ini mampu memberikan impak yang positif kepada semua pelajar.

Diharap program ini mampu melahirkan pelajar yang cerdik pandai, kerana kita mahukan yang cerdik pandai , kerana kita mahukan yang terbaik untuk semua bidang pada hari ini , esok dan selamanya.

Tuesday 21 February 2017

KEJOHANAN BADMINTON MSSD KUBANG PASU 2017 - AMIRUL

15/2/2017 - Kejohanan badminton MSSD Kubang Pasu telah diadakan bertempat di JH Sports Centre. Kejohanan tersebut diadakan selama dua hari iaitu pada 15 Februari dan 16 Februari. SMK Jitra telah berjaya merangkul beberapa kejayaan sepanjang kejohanan itu berlangsung.
Berikut adalah senarai kejuaraan yang berjaya diraih SMK Jitra:

Johan perseorangan lelaki 18 tahun
Ke-3 perseorangan lelaki 18 tahun
Johan bergu lelaki 18 tahun
Johan bergu perempuan 15 tahun
Ke 3 keseluruhan 15P
Johan keseluruhan 18L
Johan badminton mssd kp 2017

Tahniah diucapkan kepada wakil-wakil SMK Jitra dan En. Ahmad Nizam selaku pengurus pasukan

Sunday 19 February 2017

KARNIVAL PENDIDIKAN TINGGI NEGARA - ALYA

18 Februari 2017 - Karnival Pengajian Tinggi ( zon mini Perlis dan Kedah ) telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 18 dan 19 Februari 2017  bertempat di Dewan Ilmu Kampus UNIMAP Pauh Putra, Perlis .

SMK Jitra telah menghantar para pelajar yang terdiri daripada pelajar - pelajar Tingkatan 5 dan Pra-Universiti . Para pelajar berkumpul di sekolah pada jam 7.45 pagi dan 5 buah bas bertolak dari SMK Jitra seawal jam 8.30 pagi .

Antara tujuan karnival ini dianjurkan adalah untuk memotivasikan dan mendidik pemohon dalam menyebar luas maklumat mengenai peluang pendidikan tinggi di IPT, Politeknik dan ILKA dalam negara serta agensi lain yang berkaitan dengan pendidikan tinggi .

Diharapkan agar program sebegini dapat memberi semangat kepada para pelajar untuk mencapat impian mereka dalam bidang akademik .
 
  

Saturday 18 February 2017

CHILDREN SINGING COMPETITION - NISAH

4 Februari 2017 - Baru-baru ini , salah seorang pelajar tingkatan 4, Jia Cheng telah mencungkil bakat dalam pertandingan "Children Singing Competition" katogari sekolah menengah yang diadakan di Cmart BDI,Jitra. Pertandingan ini bermula pada pukul 2 petang dan berakhir kira-kira pada jam 5 petang. Dengan itu, Jia Cheng telah diumumkan sebagai pemenang tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

Diharap aktiviti seperti ini dapat diadakan lagi bagi mengasah bakat terpendam dalam diri para pelajar.

PROGRAM LETS MOVE TOGETHER, EAT HEALTHY, GET ACTIVE-AINA

18/2/2017-Beberapa orang pelajar yang terdiri daripada Tingkatan 4 Peridot,Pearl dan Amethyst telah  mengikuti program lets move together, eat healthy, get active yang bertempat di Klinik 1Malaysia Jitra,Kedah.Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang penekanan makanan yang seimbang dan membanteras obesiti. Hal ini bagi mengelakkan para pelajar daripada mengalami sebarang penyakit seperti sakit jantung,tekanan darah yang tidak normal dan obesiti. Melalui program ini, para pelajar akan sentiasa sihat dan aktif.

Para pelajar diharapkan menjalani gaya hidup yang sihat agar kecemerlangan akademik dan kokurikulum yang membanggakan dapat dicapai.


PROGRAM JOM KE SEKOLAH-AINA

5/2/2017-Satu perhimpunan telah diadakan di Dewan Ibnu Sina yang melibatkan semua pelajar dan guru. Program ini bertujuan menerapkan para pelajar yang merupakan penyambung generasi kelak agar menjauhi diri daripada dadah dan memupuk akhlak yang mulia dalam diri mereka kerana remaja mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif. Maka, Polis Diraja Malaysia  (PDRM)  telah melaksanakan inisiatif bagi memberi pedoman dan kesedaran kepada para pelajar dalam menjauhi perkara negatif dalam kehidupan.
Untuk pengetahuan semua,PDRM telah menghantar 2 orang wakil polis ke semua sekolah di Malaysia bagi menyampaikan ceramah dan teks ucapan daripada Ketua Polis Negara kepada para pelajar.

Semoga semua pelajar dapat memupuk akhlak yang mulia dan menjauhi diri daripada dadah yang membinasakan.

Wednesday 15 February 2017

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD KUBANG PASU - NISAH

11 - 13 Februari 2017- Kejohanan bola tampar MSSD Kubang Pasu telah berlangsung dengan jayanya selama 3 hari di SMK Jitra yang merupakan tuan rumah pada tahun ini. Pasukan bola tampar SMK Jitra telah mendapat johan bagi kategori bawah 18L , 15L , 15P dan meraih naib johan bagi kategori 18P. Kejayaan yang dikecapi oleh pasukan bola tampar SMK Jitra yang dikenali sebagai Hurricane Spikers amat membanggakan seluruh warga SMK Jitra.

Diharap pasukan bola tampar SMK jitra akan terus berusaha untuk mendapat kejayaan yang lebih besar pada tahun akan datang.
       
              
                       
                                        Pemain bola tampar bawah 18L

                                         Pemain bola tampar bawah 18P

Bengkel kemahiran belajar - 'Aqilah

22 Januari 2017 - Bengkel kemahiran belajar telah diadakan bagi pelajar tingkatan 3,4 dan 5 di Dewan Ibnu Sina . Program ini dianjurkan oleh pihak kaunseling SMK Jitra.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pelajar bagi menguruskan masa belajar dengan sistematik dan efektif khususnya kepada para pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini . Selain itu, program ini juga memberi pengetahuan kepada para pelajar tentang langkah - langkah untuk belajar secara " study smart " dan bukanlah secara "study hard ". Program ini merupakan suatu langkah awal bagi membantu pelajar memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan .

Tuesday 14 February 2017

BENGKEL PENGURUSAN FAIL KOKURIKULUM - NISA

8 Februari 2017 - Satu bengkel pengurusan fail kokurikulum telah diadakan dengan jayanya di Dewan Ibnu Sina. Bengkel ini bermula pada jam 2.30 petang dan tamat pada 4.30 petang. Puan Raja Sarifah binti Raja Ismail iaitu Penolong Kanan Kokurikulum SMK Jitra dijemput untuk merasmikan bengkel tersebut.

Bengkel tersebut melibatkan ahli jawatankuasa tertinggi setiap kelab dan persatuan, pasukan badan beruniform, dan sukan permainan. Antaranya, pengerusi 1, naib pengerusi 1, setiausaha 1, dan guru pengiring masing-masing. Bengkel ini bertujuan melatih semua ahli jawatankuasa untuk membantu guru pengiring menguruskan fail kokurikulum.

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat. Selamat menjalankan tugas masing-masing kepada semua ahli jawatankuasa.  Semoga SMK Jitra terus cemerlang dari segi akademik dan kokurikulum. 

Saturday 11 February 2017

MERENTAS ALAM - Amirul

26/2/2017 - Pada hari khamis yg lalu, SMK Jitra telah mengadakan pertandingan merentas alam peringkat sekolah. Pertandingan ini diadakan untuk menerapkan semangat kesukanan di dalam diri setiap pelajar. Acara dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua, En Ahmad Rushdan Bin Abdul Aziz. Seterusnya, acara larian dimulakan dengan pelepasan bagi kategori 18L dan diikuti oleh 18P, 15L, dan 15P. Upacara penyampaian hadiah dimulakan pada jam 12 tengahari. Rumah delima dinobatkan sebagai juara keseluruhan untuk kejohanan ini. Puan Noor Aza tampil sebagai ketua guru penasihat untuk menerima trofi daripadan Tuan Pengetua.

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....