Thursday, 6 April 2017

MAJLIS ANUGERAH GEMILANG - ALYA

6 April 2017 - Pada pagi yang indah hari ini, SMK Jitra telah mengadakan sebuah majlis bagi meraikan para pelajar dan guru yang menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran dan kerjaya mereka . Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datin Paduka Dato' Hajah Azuyah Hasan, Pengarah Pendidikan Negeri Kedah Darul Aman .

Majlis dimulakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Ibnu Sina SMK Jitra . Majlis turut dimeriahkan dengan beberapa buah persembahan . Antaranya ialah persembahan sketsa daripada para pelajar Tingkatan 4 . Persembahan sketsa tersebut merupakan adaptasi daripada filem - filem pengarahan dan lakonan Tan Sri P. Ramlee . Sketsa ini dipimpin oleh Puan Siti Hajar Binti Zainal Abidin, Puan Noor Syuhada Binti Yaafar dan Puan Azlin Binti Shahar .

Jutaan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah . Terima kasih diucapkan kepada semua para tetamu utama, barisan pengetua dan guru besar serta wakil daripada sekolah - sekolah Daerah Kubang Pasu, guru - guru, serta para pelajar yang terlibat kerana sudi menghadiri Majlis Anugerah Gemilang pada tahun ini .

Semoga dengan adanya majlis sebegini dapat meningkatkan lagi semangat para pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka dalam bidang akademik .





No comments:

Post a Comment

SCRABBLE COMPETITION 2025

 [ 18 - 19 JUN 2025 ] Rabu dan Khamis yang lalu, SMK Jitra telah menyertai Scrabble Competition bagi peringkat Daerah Kubang Pasu tahun 2025...