Monday, 1 May 2017

KEM ASPIRASI PELAJAR KELAB 1 MALAYSIA PERINGKAT NEGERI - ALYA

20 April 2017 - Selama 3 hari 2 malam, sebuah kem anjuran Jabatan Penerangan Negeri Kedah iaitu Kem Aspirasi Pelajar telah berjaya dilaksanakan bertempat di Kem Kenari Nature Park, Yan .

Kem ini melibatkan seramai 120 orang peserta dari Kelab 1 Malaysia bagi sekolah - sekolah di negeri Kedah Darul Aman . SMK Jitra telah menghantar 2 orang wakil dari Tingkatan 5 iaitu saudara Amirul Ashraf bin Zainal dan saudari Nur Alya Irdina bt Roslan .

Antara aktiviti yang terdapat dalam kem tersebut ialah sketsa rukun negara, sketsa anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), malam karaoke dan barbeku, berjoging ke Titi Hayun dan banyak lagi .

Sukacita dimaklumkan bahawa wakil pelajar dari SMK Jitra meraih gelaran juara dalam pertandingan sketsa anjuran SKMM .

Diharapkan agar kem sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa yang akan datang agar para pelajar dapat mengeratkan silaturahim dan menjadi pelajar yang berkeyakinan tinggi .

No comments:

Post a Comment

SCRABBLE COMPETITION 2025

 [ 18 - 19 JUN 2025 ] Rabu dan Khamis yang lalu, SMK Jitra telah menyertai Scrabble Competition bagi peringkat Daerah Kubang Pasu tahun 2025...