Tuesday, 16 May 2017

SELAMAT HARI GURU CIKGU!!

16 Mei 2017 - Tarikh keramat buat insan bergelar guru. Semua guru SMK Jitra telah diraikan dalam majlis sambutan gilang- gemilang pada hari ini. Pihak PIBG SMK Jitra turut bermurah hati dengan menaja jamuan guru dan pelajar.

Acara pada pagi ini bermula dengan majlis rasmi apabila beberapa perutusan hari guru menjadi halwa telinga semua pelajar dan para guru diikuti ikrar dan nyanyian lagu Kami Guru Malaysia. Pihak Bank Rakyat turut menyumbangkan kek bagi meraikan semua guru.

Acara sambutan diteruskan dengan sukaneka, dan bersambung dengan persembahan di Dewan Ibnu Sina. Kelas 3 Ikram turut mengadakan kunjungan Hari Guru ke rumah Puan Siti Hajar Abdullah di Kuarters Guru bagi meraikan beliau. Semoga cepat sembuh cikgu..


Photo
Photo
5/16/17
2 Photos - View album

No comments:

Post a Comment