Thursday, 20 July 2017

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG SMK JITRA KALI KE-48 (NABIL, ADAM & AZAFRI)

20 Julai 2017- Kejohanan Balapan Dan Padang telah diadakan di SMK JITRA.Terdapat 5 buah rumah sukan yang bertanding,iaitu Rumah Nilam, Zamrud, Baiduri, Mutiara dan Delima. Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Aminuddin Omar. Majlis ini disambut dengan meriah oleh warga Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Pelbagai aktiviti balapan dan padang yang diadakan bagi acara akhir pada hari tersebut seperti acara 100 meter, 200 meter, 400 meter, 4x100 meter,  dan acara tarik tali. Di samping itu, acara perbarisan yang disertai oleh ahli setiap rumah sukan dan juga unit beruniform turut diadakan. Setiap rumah sukan mempunyai maskot yang bertemakan animasi. Pelbagai karenah dapat dilihat oleh penyokong rumah masing-masing yang  penuh bersemangat. Juara keseluruhan disandang oleh rumah Mutiara dengan kelebihan 3 pingat perak berbanding rumah Nilam. Rumah Nilam pula memenangi rumah sukan terbaik bagi sukantara. Olahragawan bawah 15L  disandang oleh Izzat Syahmi dari rumah Nilam manakala bagi Olahragawati bawah 15P dimenangi oleh Lee Jia Qian juga dari rumah Mutiara. Bagi Olahragawan bawah 18L pula dimenangi oleh Ahmad Azrai dari rumah Mutiara. Olahragawati bawah 18L dimenangi oleh Kang Chiaw Na dari rumah Baiduri. Semoga segala kejayaan yang telah dicapai oleh para atlet dapat dikekalkan  dan dapat dijadikan motivasi buat pelajar lain bagi memajukan sukan di sekolah kita. Akhir kata majulah sukan demi negara. 'SMJ BOLEH'.




1 comment: