Friday 28 July 2017

TERIMA KASIH CIKGU - Nabil

28.7.2017 - Puan Noor Aza binti Morad atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Aza akan meninggalkan Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Beliau akan berpindah ke Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Janggus dan hal ini telah mengejutkan ramai anak murid beliau kerana beliau merupakan seorang guru yang amat disayangi mereka. Sudah lapan tahun beliau menabur dan mencurahkan ilmu  dalam subjek Pendidikan Seni. Puan Noor Aza mula diberikan tanggungjawab mengajar Pendidikan Seni di SMK Jitra pada 1.12.2009.

Senyuman seorang yang berjiwa seni.
Cikgu Aza merupakan seorang guru yang sangat mudah didekati. Beliau selalu mendekati anak muridnya agar subjek Pendidikan Seni mudah difahami serta mengeratkan hubungan silaturahim antara guru dan pelajar. Cikgu Aza tidak kedekut untuk memberi tips atau teknik yang berkesan dalam subjek tersebut. Akibat kehebatan Cikgu Aza dalam seni beliau selalu mendapat tugasan yang berkaitan seperti menjadi ahli jawatankuasa persiapan pentas untuk majlis-majlis anugerah yang berlangsung di SMK Jitra. Akhir kata, selamat menjalankan tugas dan berkhidmat sebagai seorang guru di sekolah baru. Kami sentiasa mendoakan kejayaan cikgu di sana dan semoga sentiasa murah rezeki. Terima kasih cikgu kerana telah berpenat lelah mengajar pelajar SMK Jitra sehingga ke menara gading.
Terima Kasih Cikgu Aza.

No comments:

Post a Comment

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BAKERS 2024

[ 21 April 2024 ] Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Bakers 2024. Semoga para bakers SMK...