13 Ogos 2017 - Pertandingan Penulisan Esei Bahasa Cina dan Kem Penulisan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bertempat di Kuching , Sarawak pada 9-11 Ogos 2017 yang lalu. Sebanyak 14 buah negeri telah menyertai kem tersebut. Objektif diadakan kem adalah untuk mempertingkat teknik-teknik mengarang dalam
kalangan pelajar dan mencungkil bakat baru dalam bidang kesusasteraan bahasa
Cina. Kem tersebut membariskan penulis-penulis terkenal Malaysia yang berkongsi
ilmu dan tip dalam penulisan kepada semua pelajar.
Dalam pertandingan ini, 2 orang pelajar SMK Jitra telah mewakili Kedah dalam program tersebut dan berjaya merangkul tempat ketiga dan johan.
Chan Wei Hung berjaya merangkul johan kategori Sajak Menengah Atas manakala Chan Zhee Yee berjaya merangkul tempat ketiga kategori Cerpen Menengah Atas. Kejayaan mereka ini telah mengharumkan nama Negeri Kedah dan nama SMK Jitra di peringkat kebangsaan.
Semoga kejayaan tersebut dapat menjadi perangsang untuk kejayaan yang lebih gemilang dan terbilanng pada masa akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MAJLIS LAMBAIAN KASIH
Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Le...

-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
[17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
No comments:
Post a Comment