Saturday, 16 December 2017

PENGUMUMAN PT3 SMK JITRA - Zalikha

14/ 12/ 2017 -  Pengumuman PT3 SMK Jitra telah diadakan di Dewan Ibnu Sina pada jam 10.00 pagi. Seramai 205 calon PT3 2017 telah berjaya mencapai 100 % lulus bagi keseluruhan mata pelajaran dengan pencapaian sekurang-kurangnya 4A. Seramai 5 orang calon mencapai 11A, 24 calon mencapai 10 A dan 23 calon mencapai 9A. Pencapaian tersebut memberikan semangat kepada semua pelajar SMK Jitra untuk terus mencapai kegemilangan dalam segenap aspek.

            Dalam ucapan Tuan Pengetua, Encik Osman bin Noor; beliau merakamkan ucapan tahniah untuk semua calon. Beliau turut membacakan syarat minimum ke aliran sains menurut Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sekurang-kurangnya mendapat gred C bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. Syarat ini akan diguna pakai dalam menentukan  pakej aliran untuk ke Tingkatan 4 2018.

            Suasana di dalam Dewan Ibnu Sina begitu meriah dengan pelbagai gelagat calon, waris dan para guru. Buletin SMK Jitra sempat merakamkan gelagat tersebut untuk diabadikan. Tahniah kepada semua calon PT3 2017 yang berjaya melepasi pencapaian minimum bagi semua subjek.


 



No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN SILAT DAERAH KUBANG PASU PERINGKAT NEGERI KEDAH 2018 - ASMA

12/8/18 - Pada hari ini telah berlangsungnya Pertandingan Silat Peringkat Negeri Kedah yang telah diwakili oleh beberapa orang pelajar SMK J...