Friday, 1 December 2017

SALAM MAULIDUL RASUL- AZIM

Image result for maulidur rasul 2017



1.12.2017-Maulidur Rasul (Arab: kelahiran Rasul) ialah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiulawal sempena keputeraan Nabi pada pada Isnin (Dari hadis riwayat Muslim, 8/25), 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571. Baginda merupakan nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahuwataala. Tapak keputeraan baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.


Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad SAW dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Perbanyakkanlah selawat ke atasnya supaya mendapat syafaatnya di akhirat kelak.

No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN BOLING TENPIN LIGA REMAJA TERBUKA KEDAH 2025

  13 JUN 2025 Jumaat yang lalu, SMK Jitra telah menghantar wakil dalam pertandingan Kejohanan Boling Tenpin Liga Remaja Terbuka Kedah bagi t...