16.4.2018 - Pelajar-pelajar tingkatan 6 SMK Jitra telah terlibat dengan sebuah kem. Kem tersebut merupakan Kem Jati Diri dan dijalankan pada 15-17 April 2018. Kem ini diadakan di Kem Singkir. Sepanjang kem ini, para pelajar tingkatan 6 melakukan pelbagai aktiviti yang menyihatkan badan, mengeratkan hubungan silaturahim, dan mencabar diri dari segi fizikal dan mental. Antara aktiviti-aktiviti tersebut ialah rock climbing, mountain biking dan senamrobik. Tujuan utama kem ini diadakan adalah untuk meningkatkan jati diri pelajar agar sentiasa bersedia untuk menghadapi berbagai-bagai cabaran dan dugaan dalam hidup. Diharapkan pelajar tingkatan 6 SMK Jitra banyak mendapat faedah dan pengalaman baru semasa mengikuti kem ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MAJLIS LAMBAIAN KASIH
Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Le...

-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
[17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
No comments:
Post a Comment