Tuesday 10 April 2018

SELAMAT BERSARA CIKGU AZLAN- ADAM

10/4/18 - Tarikh 10/4/18 merupakan tarikh di mana Encik Azlan Bin Md Noor, yang juga dikenali sebagai Cikgu Azlan telah bersara daripada menjadi guru di SMK Jitra selama 14 tahun. SMK Jitra telah mengadakan majlis perpisahan beliau di Dewan Ibnu Sina tepat pada pukul 12.30 tengah hari. Beliau mula berkhidmat di SMK Jitra pada tahun 2004 sehingga 2018. Beliau juga merupakan Guru Disiplin SMK Jitra pada sesi petang dan mengajar subjek Sejarah di Tingkatan 1 dan 2. Semasa majlis perpisahan tadi berlangsung, Cikgu Azlan berucap dan menceritakan kisah hidup beliau sepanjang mengajar di SMK Jitra. Sepanjang ucapan beliau, beliau telah memberikan sedikit sebanyak nasihat yang berguna buat warga SMK Jitra mengenai sahsiah diri dan juga akhlak dan adab terhadap ibu bapa dan guru - guru. Jadi, kami berharap agar Cikgu Azlan berjaya dan hidup dalam keluarga yang bahagia selalu, Selamat Bersara Cikgu Azlan. Berikut merupakan serangkap pantun daripada pihak Buletin SMK Jitra buatmu, Cikgu Azlan ;

Berasah parang bersepuh lama
menjadi senjata pahlawan handal
Susah senang ditempuh bersama
Menjadi jasa buat yang tinggal

Lipat sirih Di tapak Tangan
Letak sekapur dalam dupa
Budi yang baik jadi kenangan
budi tuan kami tak lupa

Hajat nak tawan gunung nan tinggi
Liarnya haiwan jangan selisih
terpahat kenangan tugu memori
pergilah dengan ingatan kasih








No comments:

Post a Comment

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ROSMAWATI BINTI JUMAAH

[ 4 April 2024 ] Pada hari khamis yang lalu telah berlangsungnya Majlis Persaraan salah seorang pendidik yang terunggul SMK Jitra iaitu Cikg...