Monday 9 July 2018

PERTANDINGAN SAHIBBA DAN FORUM REMAJA PERINGKAT NEGERI - NABIL

7.9.2018 - Baru-baru ini, beberapa orang pelajar SMK Jitra telah menyertai dua pertandingan yang dianjurkan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN). Dua pertandingan tersebut ialah pertandingan sahibba dan forum remaja yang diadakan di SMK Model Khas Bukit Jenun, Pendang. Pelajar-pelajar dari SMK Jitra berjumlah 7 orang. Mereka diiringi oleh tiga orang guru iaitu Puan Nor Aznim binti Mohd Radzi untuk peserta sahibba manakala Puan Arison binti Din dan Puan Hamidah binti Muhammad untuk peserta forum. Peserta-peserta dari SMK Jitra telah berjaya menaikkan nama sekolah dan memperoleh beberapa gelaran:

Pertandingan Sahibba Peringkat Negeri

  • Nur Ilia Zahirah binti Ibrahim mendapat tempat ketiga serta menerima sijil, wang tunai RM 50, dan 1 set permainan.
  • Mohd Faris Ridhwan bin Ainul Mazlan menerima hadiah saguhati yang merupakan sijil dan 1 set permainan.



  Forum Remaja Peringkat Negeri

  • Pasukan forum remaja daripada SMK Jitra telah mendapat tempat ketiga dan mendapat sijil serta piala. Mereka terdiri daripada:
  • Yasmin Arisha binti Mohamad Razali
  • Yasmin Firzana binti Wan Khairul Asri
  • Ain Nur Sofea binti Noridan
  • Nur Miza Syafiqa binti Muhamad Sani
  • Nur Azmina Alya binti Abu Hashim

Pihak buletin SMK Jitra ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih diatas usaha mereka untuk mencapai kejayaan dan menaikkan nama sekolah. 
'SMJ - BEAT THE LIMIT'

No comments:

Post a Comment

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BAKERS 2024

[ 21 April 2024 ] Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Bakers 2024. Semoga para bakers SMK...