Tuesday, 3 July 2018

PERTANDINGAN MENDEKLAMASI PUISI REMAJA DAN FORUM REMAJA PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU - AIDIL

3/7/2018- Pasukan Forum Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah menghantar seramai 5 orang pelajar menyertai Forum Remaja yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Darulaman. Sekolah kita telah mendapat keputusan yang memberangsangkan dalam pertandingan seperti berikut
●Yasmin Arisha Binti Muhammad Razali - Pengerusi terbaik
●Ain Nur Sofea Binti Noridan - Ahli Panel terbaik
Sekolah kita telah mendapat johan 2 tahun berturut-turut dalam pertandingan Forum Remaja. Mereka akan mewakili daerah kr peringkat negeri yang diadakan di SMK Model Khas Bukit Jenun,Pendang. Selain itu,sekolah kita juga telah menghantar 4 orang pelajar dalam pertandingan mendeklamasi puisi remaja peringkat daerah Kubang Pasu yang bertempat di SMK Tuanku Syed Indera Putera. Sekolah kita telah mendapat ketiga  bagi kedua-dua pertandingan. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang kerana telah meninggikan martabat SMK Jitra di persada daerah.



No comments:

Post a Comment

KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025

    Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....