8/8/18 - Bertempat di Bilik Abad 21 SMK Jitra, seramai 26 orang pelajar daripada tingkatan 3, dan 4 telah melibatkan diri di bawah Kelab Malaysiaku. Satu program Wawancara Kemerdekaan 2018 telah diadakan bersama dengan Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Kubang Pasu. Encik Ahmad Farid b. Abu Dzarim selaku Pegawai Penerangan Daerah Kubang Pasu telah memberikan input-input yang amat bermanfaat mengenai isu kemerdekaan dalam aspek sosial. Seterusnya, program ini diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti yang menarik yang telah diuruskan oleh Puan Nor Faeizah bt Ahmad dan Cikgu Nor Aznim bt Radzi. Program ini telah memberikan impak yang positif kepada semua pelajar dalam mengetahui apa itu erti kemerdekaan sekali gus dapat menanam nilai patriotisme dalam diri setiap pelajar.
Pihak SMK Jitra mengharapkan pihak Jabatan Penerangan Daerah Kubang Pasu memperbanyakan lagi program-program sebegini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MAJLIS LAMBAIAN KASIH
Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Le...

-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
[17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
No comments:
Post a Comment