Thursday, 8 November 2018

PROGRAM AMALI HAJI TINGKATAN 4 - AIDIL

8/11/18- Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan program Amali Haji untuk para pelajar tingkatan 4. Program ini dilakukan untuk melatih para pelajar dengan mengerjakan Haji dan Rukun Haji. Pelbagai Rukun Haji yang telah diajar kepada para pelajar seperti Wukuf, Tawaf, Saie dan Bercukur. Panitia Pendidikan Islam juga telah mengajar pelajar-pelajar lelaki untuk memakai Ihram dengan cara yang betul. Para pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan iaitu 5 lelaki dan 5 perempuan untuk pertandingan. Penutupan program ini dirasmikan oleh Encik Mohammad Dali Bin Awang. Mudah-mudahan para pelajar mendapat ilmu berkenaan Haji agar dapat melahirkan insan yang bersabar dalam melakukan kebaikan.


No comments:

Post a Comment

MAJLIS LAMBAIAN KASIH

   Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Le...