Sunday 9 December 2018

GRAND FINAL EAT RIGHT TO PLAY RIGHT YOUTH CUP - NABIL

9.12.2018 - Kejohanan bola sepak peringkat akhir bawah 14 tahun sempena Eat Right to Play Right Youth Cup telah diadakan dengan jayanya.
Seramai 4 org pemain bola sepak daripada SMK Jitra (di bawah CIMB -Kenari Kids Kubang Pasu) telah mewakili negeri Kedah ke peringkat kebangsaan. Kejohanan itu telah diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi pada 7-8 Disember 2018.  Semasa perlawanan akhir pasukan CIMB - Kenari Kids Kubang Pasu telah mengalahkan pasukan K.L Junior Tigers yang mewakili Kuala Lumpur dengan jaringan 3 - 1 untuk muncul sebagai juara kebangsaan di dalam kejohanan yang julung kali dianjurkan. Untuk pengetahuan semua, Eat Right To Play Right adalah program komuniti bersepadu Zurich Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 2016 dengan kerjasama organisasi tempatan bukan kerajaan, One Goal Malaysia untuk menangani isu-isu malnutrisi kanak-kanak dengan mendidik mereka mengenai kepentingan pemakanan serta pengambilan pemakanan yang sihat. Program yang juga menggalakkan aktiviti berbentuk fizikal dan kesukanan yang baik menggunakan generasi akar umbi dalam sukan bola sepak sebagai platform. Ia dibiayai oleh geran Z Zurich Foundation.

Tahniah diucapkan kepada 4 orang pemain  daripada SMK Jitra kerana telah menaikkan nama sekolah ke peringkat kebangsaan. 4 orang pemain tersebut ialah:

1. Muhammad Akmal Farhan Bin Md Rusli (2 Cerdas)
2. Muhammad Daniel Irfan b. Abdl Ghani (1 Cerdas)
3. Muhammad Zahir Farhan Bin Mohd Nizam (1 Fathonah)
4. Muhammad Alif Hakimi Bin Suhardi    (1 Pintar)

No comments:

Post a Comment

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ROSMAWATI BINTI JUMAAH

[ 4 April 2024 ] Pada hari khamis yang lalu telah berlangsungnya Majlis Persaraan salah seorang pendidik yang terunggul SMK Jitra iaitu Cikg...