Tuesday, 15 January 2019
PENDAFTARAN DAN ORIENTASI TINGKATAN 1 2019 - ADAM
24,26/12/18 - Pendaftaran dan Orientasi Tingkatan 1 2019 telah diadakan di Dewan Ibnu Sina pada pukul 8 pagi. Pengetua SMK Jitra, Encik Osman bin Noor telah memberikan ucapan kepada waris dan pelajar. Semua pelajar dan waris perlu bergerak ke bilik darjah blok Mutiara untuk pendaftaran pelajar di kelas masing - masing. Sepanjang ucapan pengetua SMK Jitra , beliau telah memberikan input berkenaan dengan budaya sekolah dan peraturan - peraturan sekolah dan memberikan pendedahan tentang konsep sekolah menengah bestari bagi melahirkan pelajar - pelajar SMK Jitra ke arah cinta akan sekolah dan dapat menjana kecemerlangan. Enrolmen pelajar Tingkatan 1 sehingga 15 Januari adalah seramai 156 orang,semoga para pelajar ini dapat meneruskan kecemerlangan pelajar SMK Jitra. Pihak Buletin SMK Jitra berharap, bahawa para pelajar Tingkatan 1 dapat menjalani sesi pembelajaran di SMK Jitra dengan penuh semangat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MAJLIS LAMBAIAN KASIH
Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Le...

-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
[17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
No comments:
Post a Comment