Wednesday, 13 February 2019

KEJOHANAN GOLF MSSD KUBANG PASU - AIDIL

13/2/19 - Kejohanan Golf Majlis Sukan-Sukan Daerah Kubang Pasu telah diadakan di Darulaman Golf and Country Club.  Kejohanan ini dihadiri oleh Tuan Haji Amin Bin Saad iaitu wakil Pejabat Pendidikan Daerah Hal Ehwal Murid. Program ini juga turut dihadiri oleh Pengetua SMK Jitra iaitu Encik Osman Bin Nor yang hadir untuk mewarnai dan memberi semangat kepada para peserta. Wakil sekolah SMK Jitra, Fatin Nadirah Binti Zulkifli telah menjadi johan dalam kategori 15P. Fatin juga menerima sijil penghargaan dan medal yang disampaikan oleh Tuan Haji Amin sambil diiringi oleh pengetua SMK Jitra,Encik Osman Bin Nor. Pihak buletin berharap agar sekolah kita bakal melahirkan generasi yang mahir dalam sukan golf agar dapat mengaharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi.

No comments:

Post a Comment

MAJLIS LAMBAIAN KASIH

   Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Le...