Monday 18 February 2019

PELANCARAN DAN PERASMIAN BULAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH (PPDa) PERINGKAT SEKOLAH 2019.-PUTERI


18/2/2019- Pada hari ini telah berlansungnya perasmian bulan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) bertempat di Dewan Ibnu Sina. Pelancaran ini telah dirasmikan oleh Pegawai Seranta SMK Jitra, Inspektor Mohd Faizal Bin Abdul Rashid dan turut dihadiri oleh Tuan Pengetua, Encik Osman Bin Noor. Para pelajar juga mengangkat sumpah untuk memerangi dadah yang telah dibacakan oleh Ketua Pelajar iaitu Muhammad Imran Asyraf B Abdul Aziz.Tarikh pelaksanaan program ini bermula dari 13 Februari hingga 13 Mac 2019. Aktiviti yang akan dianjurkan ialah : 
  • Pertandingan melukis poster-Menengah atas dan bawah
  • Pertandingan kuiz anti dadah-Sesi pagi dan petang
  • Pertandingan membuat buku skrap-Sesi pagi dan petang
  • Pertandingan mendeklamasi sajak-Sesi pagi dan petang
  • Ceramah anti dadah oleh AADK Kubang Pasu
  •Ujian Urin
Objektif Program: 
~ Mempertingkatkan kesedaran dan pengetahuan pelajar dari semua peringkat umur mengenai bahaya dadah.
~ Memperkukuhkan pengetahuan pelajar mengenai jenis-jenis dadah.
~ Menanam sifat benci kepada dadah dalam diri pelajar.
~ Mencungkil dan menyuburkan bakat di kalangan pelajar ke arah perkembangan yang positif.
~ Menjauhkan pelajar daripada mengambil dadah dan menentang tabiat menggunakan dadah.
~ Menggalakkan penyertaan pelajar dalam proses pembelajaran dan pendidikan pencegahan dadah melalui aktiviti luar darjah.

“SMK JITRA BEAT THE LIMIT”






No comments:

Post a Comment

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BAKERS 2024

[ 21 April 2024 ] Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Bakers 2024. Semoga para bakers SMK...