Wednesday 20 February 2019

PEMILIHAN TOKOH NILAM NEGERI KEDAH TAHUN 2019- PUTERI
18-20/2/2019- Telah berlansungnya program Pemilihan Tokoh Nilam Negeri Kedah bagi tahun 2019 di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Kedah (BTPN). Seorang pelajar iaitu Nur Alia Nazirah Binti Nor Hamisham dari kelas 5 Opal dan  guru pengiring iaitu Puan Salma Binti Hashim telah mewakili bagi SMK Jitra dan pelajar itu telah mendapat Naib Johan bagi katogeri Bahasa Melayu dalam program  Pemilihan Tokoh Nilam tersebut.Hadiah yang dibawa pulang oleh Nur Alia Nazirah ialah sijil, cenderamata dan wang tunai sebanyak RM 70.00. Johan pula disandang oleh SMK Mahsuri wakil Daerah Langkawi manakala tempat ke-3 disandang oleh Kolej Sultan Abdul Hamid wakil Daerah Kota Setar. Hadiah para pemenang pula disampaikan oleh Puan Aminah wakil bagi BTPN. Tujuan Nur Alia Nazirah menyertai program ini adalah untuk:

  • Menambahkan ilmu pengetahuan yang sedia ada
  • Lebih yakin berdepan dengan orang ramai
  • Memupuk semangat membaca dalam diri dan rakan-rakan sekeliling
  • Mendapat pengalaman 
“SMK JITRA BEAT THE LIMIT”






No comments:

Post a Comment

SAMBUTAN HARI GURU SMK JITRA 2024

[ 16 Mei 2024 ] Khamis, SMKJitra telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun 2024. Sambutan Hari Guru pada tahun ini di...