11/3/19 - Kesemua calon STPM SMK Jitra telah menghadirkan diri di Dewan Ibnu Sina SMK Jitra untuk menerima sijil keputusan STPM oleh YM Raja Sarifah bt. Raja Ismail PK Pentadbiran SMK Jitra. Seterusnya, SMK Jitra telah berjaya meraih antara sekolah terbaik dalam peringkat negeri dengan 100% lulus, dan Gred Purata Sekolah iaitu 3.14 serta 27 calon daripada 49 orang telah berjaya mendapat CGPA 3.0 ke atas. Dua orang pelajar dari SMK Jitra iaitu Ong Li Zhen dan Seow Han Lin telah berjaya mendapat CGPA 4.0 iaitu semua A bagi setiap mata pelajaran. Mereka telah menghadirkan diri di Kolej Tingkatan 6 Hutan Kampung untuk menerima anugerah cemerlang STPM. Selain itu, seramai tiga orang pelajar iaitu Izrul Hafiz b. Ahmad Rozi, Nur Aufa Ayuni bt. Adnan dan Luqman Hakimi b. Abd Manaf juga telah berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dengan mencapai 3A 1A- bagi setiap mata pelajaran dengan CGPA 3.92.
Pihak Buletin SMK Jitra ingin mengucapkan tahniah kepada calon- calon STPM yang telah berjaya membanggakan dan mengharumkan nama sekolah kita iaitu SMK Jitra. Semoga semua calon STPM terus berjaya dalam melanjutkan pembelajaran ke tahap yang seterusnya agar dapat memberikan suntikan semangat kepada pelajar yang lain untuk terus berjaya pada masa akan datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MAJLIS LAMBAIAN KASIH
Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Le...

-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
[17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
No comments:
Post a Comment