Saturday, 25 May 2019

Selamat Bersara Guruku

23 Mei 2019- Dua orang adiguru SMK Jitra telah meletakkan noktah pada perkhidmatan mereka di sekolah ini. Puan Noor Hayati bt. Ahmad dan Puan Hajar bt. Hanafiah sama - sama telah berkhidmat di sekolah ini dalam jarak masa yang lama. Apa yang lebih menarik, kedua-dua guru tersebut turut merupakan bekas pelajar SMK Jitra.
         Sememangnya khidmat bakti yang dicurahkan kedua-dua guru ini amat bermakna kepada pihak sekolah. Tiada yang dapat menggantikan jasa dan bakti mereka berdua. Semoga cikgu berdua diberikan kesihatan, keceriaan dan dalam perlindungan-Nya jua. Selamat bersara cikgu.





No comments:

Post a Comment

KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025

    Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....