Monday 22 July 2019

MAJLIS ANUGERAH GEMILANG 2019 - FIFFI

21 Julai 2019- SMK Jitra telah mengadakan Majlis Anugerah Gemilang bagi meraikan para pelajar dan guru yang menunjukkan prestasi yang baik dalam pelajaran, kokurikulm dan kerjaya mereka . Majlis ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Ir Amiruddin bin Hamzah merangkap Timbalan Menteri Kewangan Malaysia.

Majlis dimulakan pada jam 9.00 pagi bertempat di Dewan Ibnu Sina SMK Jitra. Majlis ini dimeriahkan dengan sambutan Pasukan Kompang SMK jitra dan Pasukan Kawad Kaki KRS. Setelah ucapan perasmian selesai, majlis diteruskan lagi dengan beberapa persembahan oleh para pelajar SMK jitra.

Jutaan tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah. Terima kasih diucapkan kepada semua para tetamu utama, pengetua, guru - guru, serta para pelajar yang terlibat kerana sudi menghadiri Majlis Anugerah Gemilang pada tahun ini .

Semoga dengan adanya majlis sebegini dapat meningkatkan lagi semangat para pelajar untuk meningkatkan prestasi mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum.



Ucapan perasmian Yang Berhormat Dato' Ir Amiruddin bin Hamzah
Guru-guru pembimbing yang cemerlang
Pelajar-pelajar cemerlang SPM 2018
Penerima-penerima Anugerah Kokurikulum

No comments:

Post a Comment

SAMBUTAN HARI GURU SMK JITRA 2024

[ 16 Mei 2024 ] Khamis, SMKJitra telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun 2024. Sambutan Hari Guru pada tahun ini di...