Monday, 3 February 2020

KEJOHANAN BOLA JARING MSSD 2020 - IMAN

2&3 Februari 2020 - Kejohanan Bola Jaring peringkat daerah telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari yang telah diadakan di D'Futsal, Kepala Batas. SMK Jitra telah menghantar dua pasukan iaitu pasukan bawah 15 & 18 tahun. Dalam perlawanan tersebut, pasukan bola jaring bawah 15 & 18 tahun telah memperoleh tempat pertama dalam pertandingan. Tahniah diucapkan kepada pemain-pemain bola jaring dan guru penasihat yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan merangkul gelaran juara bagi pasukan bawah 15 & 18 tahun. Pihak buletin berharap agar pasukan bola jaring SMK Jitra akan memperoleh gelaran juara lagi dalam perlawanan yang akan datang. Syabas dan tahniah sekali lagi diucapkan.





No comments:

Post a Comment

KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025

    Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....