Tuesday, 6 July 2021

Majlis Maya Meraikan Graduan STPM 2020 Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra

 4.7.2021 - Majlis Maya Meraikan Graduan STPM 2020 SMK Jitra telah diadakan baru-baru ini. Majlis bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir sekitar jam 4.15 petang.  Majlis ini merupakan cetusan idea Tuan Pengetua bagi meraikan kejayaan semua pelajar STPM 2020.

    Bacaan doa daripada Cikgu Kuinsanizdihar b. Ku Idris menjadi pembuka keberkatan bagi majlis tersebut yang dihadiri semua graduan, guru-guru dan pentadbir sekolah. Melalui ucapan Cikgu Suhaimi bin Haris, Pengetua SMK Jitra, jelas memaparkan kegembiraan beliau apabila sekolah dinobatkan sebagai terbaik di negeri Kedah. Beliau juga berpesan agar semua graduan kembali memberikan khidmat bakti di sekolah setelah berjaya dalam alam kerjaya nanti. 

    Guru-guru akademik turut diberikan peluang untuk memberikan sepatah dua kata sebagai azimat kepada semua pelajar. Selain itu, ucapan wakil pelajar yang mendapat PNGK 4.0, Ku Nur Wafa Ain binti Ku Amran  juga mewarnai kemeriahan majlis maya tersebut. Semua graduan turut membuat kejutan dengan memaparkan ucapan "terima kasih cikgu" pada akhir sesi majlis. 

    Semoga Tingkatan 6 SMK Jitra terus cemerlang di persada negara. Tahniah, "BEAT THE LIMIT"



No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN KAWAD KAKI PASUKAN BADAN BERUNIFORM PERINGKAT DAERAH KUBANG PASU TAHUN 2025

 26 JUN 2025 Pada hari Khamis yang lalu, SMK Jitra telah menyertai Pertandingan Kawad Kaki Pasukan Badan Beruniform bagi peringkat Daerah Ku...