Wednesday, 20 October 2021

PROGRAM VAKSINASI COVID-19

27 SEPTEMBER 2021 – PROGRAM VAKSINASI COVID -19 
 Bagi menyahut seruan pihak kerajaan dalam memastikan penularan wabak COVID -19 berkurangan, program vaksinasi COVID -19 bagi pelajar menengah rendah yang berusia 13 hingga 15 tahun telah dilaksanakan di Pusat Pemberian Vaksinasi (PPV) di Dewan Tunku Anum anjuran Majlis Daerah Kubang Pasu. Pemberian vaksinasi ini bermula pada pukul 8 pagi sehingga 1 petang dengan mengikuti SOP yang telah ditetapkan iaiatu jaraka 1 meter dan memakai pelitup muka bagi mengurangkan perebakan virus dalam kalangan masyrakat. Para pelajar yang hadir juga diminta untuk memakai pakaian seragam sukan sekolah dan hadir bersama waris seperti yang telah tertera pada surat makluman waris. 
Laporan daripada Berita AWANI, 3 OKTOBER 2021 
 Lebih 50,000 remaja 12 hingga 17 tahun lengkap vaksinasi- Dr. Azmi. 
Setakat ini 5 negeri dengan pencapaian vaksinasi tertinggi dalam kumpulan remaja terdiri daripada Wilayah Persekutuan Labuan dengan 77.6%, diikiuti Kedah 67.1%, Sarawak 62.7%, Perlis 61.8% dan Melaka 59.4%. 
Tahniah dan syabas buat para pelajar dan guru guru yang bersama sama menjayakan seruan pihak kerajaan dalam menangani penularan COVID-19. 
Semoga Malaysia kembali pulih seperti sediakala dan rakyat dapat hidup dalam keadaan biasa. Teruskan menjaga SOP dan patuhi arahan semasa yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan. 
 SMK JITRA “BEAT THE LIMIT”







WARTAWAN BULETIN : WAN NUR HAKIMAH

 

No comments:

Post a Comment

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSDKP 2025

 [ 10 APRIL 2025 ] Pada hari khamis yang lalu, SMK Jitra telah menghantar seramai 20 orang pelajar ke Kejohanan Merentas Desa peringkat Daer...