Monday, 12 September 2022
KEJOHANAN CATUR MSSM KATEGORI L15 2022 - NU'RIEF NASHRAN
3/9/2022 - 8/9/2022 - Kejohanan catur MSSM 2022 telah dijalankan di Universiti Malaysia Sabah. Salah seorang pelajar kita telah berjaya melayakkan diri untuk mewakili kontinjen Kedah dalam pertandingan tersebut dalam kategori L15. Pelajar tersebut iaitu Darshan Revintheran mewakili kontinjen Kedah dalam pertandingan tersebut setelah dia berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan catur MSSK yang telah dijalankan pada 31 Julai 2022. Darshan Revintheran sekali lagi mengharumkan nama sekolah setelah dia berjaya mengalahkan Lai Hong Jun daripada kontinjen Pulau Pinang sekaligus memenangi tempat pertama dalam pertandingan catur MSSM 2022 kategori L15.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Darshan Revintheran atas kemenangan tersebut. Semoga Darshan Revintheran dapat mewakili SMK JITRA untuk pertandingan catur yang akan datang dan terus mengharumkan nama sekolah.
"Do your best and, be a little better than you are"
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MAJLIS LAMBAIAN KASIH
Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Le...

-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
[17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
No comments:
Post a Comment