Friday, 24 March 2023

Program Minggu Pertama Persekolahan Sesi 2023 - Fun Run dan Zumba

 [22/3/2023] Pada hari Rabu yang lalu telah diadakan satu program untuk meraikan minggu pertama persekolahan sesi 2023. Antara program yang dijalankan ialah fun run dan juga pertandingan zumba. Semua warga sekolah termasuklah para guru, pelajar dan waris telah mengambil bahagian samada dengan menyertai fun run ataupun pertandingan zumba. Aktiviti fun run dan pertandingan zumba ditandingkan mengikut kategori

Bawah 15 tahun (Perempuan)

Bawah 15 tahun (Lelaki)

Bawah 18 tahun (Perempuan)

Bawah 18 tahun (Lelaki)

Waris dan staf (Perempuan)

Waris dan staf (Lelaki)


                     Aktiviti yang dijalankan pada hari Rabu yang lalu telah mendapatkan sambutan yang hangat daripada semua peserta. Aktiviti ini telah berjalan dengan lancar dengan adanya Pengetua SMK Jitra, Puan Hajah Zaiton Binti Hashim yang memberikan sokongan yang penuh.








No comments:

Post a Comment

PERTANDINGAN PERKHEMAHAN KOR KADET POLIS DAERAH

   Pada 30 September 2025 hingga 3 Oktober 2025, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah menghantar beberapa pelajar untuk menyertai Pertand...