Wednesday, 26 July 2023

KEJOHANAN PING PONG MSSK 2023

    Pada 23 Julai 2023, SMK Jitra telah menghantar beberapa wakil bagi kejohanan ping pong MSSK 2023. Di dalam kejohanan ini, SMK Jitra telah mendapat naib johan bagi kategori berpasukan dan tempat ke-3 bagi kategori  perseorangan. SMK Jitra berjaya mendapat pencapaian yang cemerlang  ketika pertandingan ping pong peringkat MSSK ini. Salah seorang pelajar dari pasukan ping pong SMK Jitra, Quah Ern Tat berjaya melayakkan diri ke peringkat yang seterusnya iaitu ke peringkat MSSM 2023.

        Pihak sekolah mengucapkan jutaan tahniah kepada pasukan ping pong SMK Jitra dan guru pembimbing yang berusaha melatih pasukan ping pong ini sehingga berjaya mendapat pencapaian yang cemerlang. Pihak sekolah juga berharap pencapaian yang cemerlang ini dapat dicapai secara berterusan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi lagi.













No comments:

Post a Comment

MAJLIS LAMBAIAN KASIH

   Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Le...