Thursday, 21 September 2023

PERTANDINGAN KAWAD KAKI DAERAH KUBANG PASU 2023

21 SEPTEMBER 2023 - Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Kubang Pasu telah diadakan di SMK BANDAR BARU DARULAMAN. SMK Jitra telah menghantar wakil unit beruniform untuk bertanding iaitu wakil dari puteri islam dan kadet polis. Alhamdulillah kedua-dua pasukan telah berjaya mendapatkan tempat dan mengharumkan nama SMK Jitra dengan jayanya. Tahniah kepada semua pelajar yang menyertai dan berjaya tetapi mengharungi segala cabaran kerana sanggup mengorbankan masa untuk menjayakan aktiviti ini.

NAIB JOHAN KATEGORI NGO
-PASUKAN PUTERI ISLAM

TEMPAT KE-3 KATEGORI GO
-PASUKAN KADET POLIS

No comments:

Post a Comment

KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025

    Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....