Saturday, 18 May 2024

SAMBUTAN HARI GURU SMK JITRA 2024

[ 16 Mei 2024 ] Khamis, SMKJitra telah mengadakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah pada tahun 2024. Sambutan Hari Guru pada tahun ini disambut dengan sangat meriah dan gembira. Pelbagai aktiviti diadakan seperti persembahan daripada para pelajar, sukaneka guru-guru dan nyanyian lagu dari pihak sekolah dan lain-lain. Selamat Hari Guru diucapkan kepada semua guru SMK Jitra di atas jasa dan masa yang diberi untuk mendidik kami para pelajar. 

Selendang di bahu ayu terserlah,
Cincin suasa bersulam permata,
Tiada tahu penat dan lelah,
Mendidik bangsa menggapai cita.

" SMJ BEAT THE LIMIT"

No comments:

Post a Comment

KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025

    Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....