Kejohanan Catur MSSD Kubang Pasu telah berlangsung pada 21 April yang lalu bertempat di SMK Megat Dewa. SMK Jitra sekali lagi menempa nama apabila wakil sekolah iaitu Khairul Fikri b Mohd Rodzi telah menjadi johan bagi kategori 18 tahun lelaki. Namun begitu, seorang lagi wakil SMK Jitra iaitu Ameer Azizi b Jusoh hanya memperoleh tempat ketiga dalam kejohanan tersebut. Bagi kategori 18 tahun perempuan, Izyan Syahirah bt Redzuan telah memperoleh tempat ketiga manakala Yarsheny a/p Sugumara memperoleh tempat kelima. Untuk kategori 15 tahun lelaki dan perempuan masing-masing memperoleh tempat kelima. Tahniah kepada para pemenang yang telah mengharumkan nama sekolah terutamanya Khairul Fikri b Mohd Rodzi yang telah terpilih untuk mewakili daerah Kubang Pasu ke pertandingan peringkat negeri yang akan berlangsung di Langkawi pada 28 hingga 30 April 2011.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KEJOHANAN BOLA JARING PERINGKAT MSSD 2025
1-3 JULAI 2025 SMK Jitra telah menyertai pertandingan Bola Jaring bagi peringkat MSSD rtahun 2025. Dalam kejohanan ini, SMK Jitra berjaya m...

-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
-
[17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...
No comments:
Post a Comment