Thursday, 18 October 2012

PROGRAM PEMBINAAN BAKAT TUNAS REMAJA 1MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2012



Pada 21-24 September 2012 - 4 orang pelajar SMK Jitra telah dipilih untuk menyertai program tersebut yang diadakan di Golden Straits Villas Beach Resort,Port Dickson,Negeri Sembilan.Program tersebut diiringi oleh Puan Nor Rahimah Binti Zakaria.Program PBTR 1 Malaysia ini digerakkan dengan tujuan untuk mencambah dan mematangkan minda serta daya kreativiti pelajar di samping berupaya menghasilkan karya yang bermutu.Peserta dapat memperoleh pengetahuan serta meningkatkan apreasiasi sastera kebangsaan melalui dalam bidang penulisan kreatif seperti menulis cerpen atau esei ( karangan ).Selain itu mengalakkan penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam proses penulisan untuk para peserta. Akhir sekali,pemupukan rasa kecintaan dan megah terhadap bahasa kebangsaan dapat disemai apabila para peserta begitu tekun dan khusyuk mendengar ceramah yang diberikan oleh para penulis yang diundang.

1 comment:

PERTANDINGAN INOVASI DAN PAMERAN BOS IPGKDA PERINGKAT KEBANGSAAN 2018 (iDBOS'18) - ADAM

16&17/7/18 - Pada 16 dan 17 Julai, 5 orang pelajar Smk Jitra iaitu Anis Farihah bt. Mohd Fuad, Muna bt. Kamal, Thiranai Thongchan, Ahmad...