26.09.2013 - Akan berlangsung Pertandingan Pidato Karismatik dan Jalinan Mahabbah di SMK Jitra. Pertandingan dianjurkan oleh SMK Jitra dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia. Sehingga berita ini ditulis, terdapat 8 buah sekolah akan mengambil bahagian dalam kategori Bahasa Melayu, 6 buah sekolah kategori Bahasa Inggeris, 6 peserta penutur bukan jati untuk Bahasa Melayu dan 6 penyertaan bagi kategori Bahasa Inggeris untuk penuntut UUM.
Pidato Bahasa Melayu akan diadakan di Dewan Ibnu Sina manakala pertandingan pidato Bahasa Inggeris akan diadakan di kelas 4 Amethyst. Turut mengambil bahagian ialah Panitia Bahasa Arab yang akan mengadakan aktiviti hiwar bersama-sama fasilitator dari UUM yang terdiri daripada penutur jati bahasa Arab. SMK Jitra mengalu-alukan kedatangan semua pelajar dan guru dari sekolah-sekolah yang mengambil bahagian juga tidak lupa kepada para penuntut luar negara dari UUM. Selamat datang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MAJLIS LAMBAIAN KASIH
Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Le...

-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
[17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
No comments:
Post a Comment