Saturday, 28 September 2013

PIDATO KARISMATIK DAN JALINAN MAHABBAH SMK JITRA-UUM

26 September 2013 -  Telah berlangsung pertandingan Pidato Karismatik dan Jalinan Mahabbah anjuran SMK Jitra- UUM. Program bermula dengan pertandingan pidato pelajar sekolah diikuti dengan pidato oleh pelajar jemputan dari UUM.

               Bagi kategori Bahasa Melayu, johan disandang oleh wakil SM Sultan Abdul Halim, naib johan dari SM Sultan Badlisyah dan tempat ketiga diraih oleh Nor Atikah dari SMK Jitra. Manakala bagi kategori Bahasa Inggeris pula, putera SM Sains Kubang Pasu ternyata berbisa apabila dinobatkan sebagai Johan, Naib Johan dan tempat ketiga disandang oleh Muthu dan Nor Fathihah masing-masing dari SMK Jitra. Kesemua pemenang membawa pulang wang tunai, piala dan sijil penyertaan. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Yang Berusaha Tn. Hj. Rooslee b. Ismail, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah yang turut sudi menyampaikan ucapan penutupan.

              Acara bertambah hangat dengan beberapa persembahan hebat melibatkan pihak Angkatan Sasterawan Nasional ( ASASI ) Kedah yang menyampaikan sajak bernada patriotik, nyanyian oleh pelajar SMK Jitra dan diakhiri dengan tarian khas oleh pelajar-pelajar UUM yang berasal dari Indonesia. Para penonton yang pertama kali melihat tarian tersebut terpukau dengan pergerakan tarian tanpa muzik yang dipersembahkan. Tahniah kepada para pemenang dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam program ini.

No comments:

Post a Comment