2 September 2013 - Pelajar -pelajar Tingkatan 3 telah menduduki peperiksaan yang telah dinantikan selama 3 tahun. Terdapat 2 pusat peperiksaan terlibat iaitu KB212 di Dewan Ibnu Sina dan KB213 di Blok Delima.
Semua pelajar berkumpul di Stadium mini pada awal pagi bagi mendengar ucapan semangat yang disampaikan oleh tuan Pengetua. Majlis disusuli dengan bacaan doa yang diketuai oleh saudara Amerul Amsyar dari kelas 3 Fathonah. Seusai perhimpunan di Stadium mini, hujan lebat rahmat mengiringi para calon memasuki tempat peperiksaan.
Kertas yang diduduki calon pada hari pertama ialah Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, diikuti Pendidikan Agama Islam pada sesi petang. Terdapat dua calon sakit yang terlibat iaitu Norzaharatul Naim (3Kr) dan Mohd Afiq Daniel (3 Bj). Walaupun begitu, semangat kental mereka patut dipuji dan diangkat tinggi untuk dicontohi pelajar-pelajar yang lain. "Cikgu jangan bimbang, saya ok..", kata Mohd Afiq Daniel dan Zaharatul sebelum menjawab soalan Kertas 1 ketika dilawati guru bertugas Bahasa Melayu, Pn. Nor Aznim bt. Mohd Radzi.
Maklumat terkini yang diterima pihak Buletin SMKJ, Mohd Afiq yang terpaksa dikejarkan ke hospital KMC telah selamat menjalani pembedahan dan sedang menduduki peperiksaan bermula jam 8.00 malam tadi.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN, & SELAMAT MENCIPTA SEJARAH TERBILANG PMR 2013.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MAJLIS LAMBAIAN KASIH
Pada 30 September 2025 hari Selasa,pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu majlis persaraan bagi Cikgu Jasmi bin Le...

-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
[17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
No comments:
Post a Comment