13.10.2013- Seramai 26 orang pelajar Tingkatan 5 yang bakal menduduki Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia telah cuba menggapai bintang dengan mencipta rekod tersendiri apabila berjaya tersenarai antara pelajar terbaik Peperiksaan Percubaan SPM yang telah berlangsung. 13 orang pelajar teratas mendapat kesemua A manakala 13 orang pelajar lagi mendapat satu mata pelajaran antara B+ dengan C+.
Mereka merupakan antara 59 orang pelajar yang disasarkan kesemua A dalam Peperiksaan SPM nanti. Seorang pelajar (Aidil Amirul) yang sebelum ini tidak disasarkan telah menunjukkan lonjakan saujana dalam pencapaiannya sehingga turut tersenarai menjadikan jumlah keseluruhan sasaran ialah 60 orang pelajar.
Perhimpunan pada hari ini juga turut memberikan penghargaan kepada semua guru dan pelajar yang terlibat dalam aktiviti sempena Bulan PSS. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan melibatkan aktiviti bercorak permainan, aktiviti bahasa, 'eksplorace', dan karya kreatif. Pengunjung bertuah kategori guru dan pelajar turut diberikan hadiah istimewa. Bagi tahun ini, pengunjung bertuah kategori guru ialah Pn. Nor'ain bt. Sulaiman. Syabas diucapkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KARNIVAL KOKURIKULUM SMJ 2025
Pada 16 Oktober 2025 pada hari Khamis, Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra telah mengadakan satu karnival kokurikulum selaras dengan MAKK....
-
Nama diberi Suhaimi bin Haris. Dilahirkan pada 30/1/1963. Beliau mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Fizik di Universiti Kebang...
-
[17-20 MEI 2025] Pada hari Sabtu hingga Selasa yang lalu, SMK Jitra telah mengambil bahagian dalam pertandingan Kejohanan Bola Karanjang ba...
-
26/1/18 - Pada hari Jumaat yang lalu, pelajar asrama telah mengadakan beberapa aktiviti untuk memenuhi masa terluang mereka. Aktiviti terseb...
No comments:
Post a Comment