Sunday 10 November 2013

HARI PERTAMA SPM DI SMK JITRA - Petikan akhbar Utusan Malaysia

Pelajar patah tangan jawab soalan secara lisan

Muhd. Faiz Hasiri terpaksa mengambil peperiksaan SPM dengan bantuan seorang guru pengawas di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra, Kedah, semalam.

KUBANG PASU 6 Nov. - Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) aliran sains dari Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra di sini terpaksa mengambil peperiksaan itu dengan bantuan seorang guru pengawas setelah tangan kanannya patah dalam satu kemalangan dua minggu lalu.
Pelajar tersebut, Muhd. Faiz Hasiri, 17, berkata, kecederaan itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk melakukan yang terbaik dalam SPM, malah cabaran tersebut membuatkannya lebih tekun ketika menjawab soalan Bahasa Melayu Kertas 1 yang bermula hari ini.
"Saya terjatuh di sebuah pasar raya ketika sedang membeli alat tulis sebagai persediaan bagi menghadapi SPM, bila saya ke hospital doktor beritahu tangan kanan saya patah.
"Saya tidak risau kerana pihak sekolah memaklumkan saya akan dibantu oleh seorang guru pengawas iaitu Cikgu Sharifah Nor Baity Syed Bustomai, malah apa yang saya jawab di depan guru tersebut akan dirakam," katanya ketika ditemui di SMK Jitra di sini hari ini.
Muhd. Faiz yang bercita-cita menjadi seorang guru berkata, dia tetap mengulang kaji pelajaran dan berazam mahu mencapai sasaran 6A.
"Saya tidak mahu jadikan alasan tangan patah ketika mengambil peperiksaan sebagai penghalang untuk saya berjaya, saya akan berusaha bagi memastikan cita-cita saya tercapai," ujarnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20131107/pe_04/Pelajar-patah-tangan-jawab-soalan-secara-lisan#ixzz2kC55sB9i
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ROSMAWATI BINTI JUMAAH

[ 4 April 2024 ] Pada hari khamis yang lalu telah berlangsungnya Majlis Persaraan salah seorang pendidik yang terunggul SMK Jitra iaitu Cikg...