Sunday 10 November 2013

SENIMAN SMKJ MENJULANG JUARA

24-26 OKT. 2013 - 10 orang pelajar Tingkatan 3 SMK Jitra telah berjaya memartabatkan nama sekolah apabila berjaya digelar johan dalam Pertandingan Puisidra sempena Kem Penyair Muda Peringkat Negeri anjuran SMK Syed Ahmad, Kuala Nerang, dengan kerjasama Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Kedah.

            Kem ini disertai oleh sekolah-sekolah kluster negeri Kedah  dan sekolah-sekolah sekitar  Kuala Nerang. SMK Jitra dengan nama kumpulan A. Samad Said telah membawakan syair Wasiat Ayahanda Siti Zawiyah . Semua peserta menerima piala, plak dan sijil penghargaan .

Bergambar selepas majlis penutupan .

           Para peserta berkampung di sana selama tiga hari dua malam. Setibanya sahaja para peserta di Sekolah Menengah Syed Ahmad, mereka perlu berada di dalam dewan sekolah untuk sesi pendaftaran dan mendengar sedikit taklimat. Semua peserta telah dibahagi kepada kumpulan mengikut sekolah. Lima fasilitator yang terdiri daripada penyair berpengalaman di negeri Kedah telah ditugaskan membimbing para peserta untuk memantapkan lagi persembahan mereka. Setiap fasilitator ditugaskan memantau dua kumpulan. Raptai pertandingan telah diadakan pada malam terakhir.

No comments:

Post a Comment

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BAKERS 2024

[ 21 April 2024 ] Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Bakers 2024. Semoga para bakers SMK...