Tuesday 24 March 2015

KEPUTUSAN SPM 2014 - Afiqah

3 Mac 2015- Majlis penyerahan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 telah diadakan di Dewan Ibnu Sina pada pukul 11 pagi. Seorang pelajar iaitu Syamsul Aliff b. Abd. Ghani berjaya mendapat 12 A dengan 10 A+, 2A.  Muhammad Irfan Zikri dan Nurfitri Izzati bt. Zainal Fitri dari kelas 5 Amethyst telah berjaya mendapat 9A+ 1A, suatu keputusan yang amat membanggakan buat diri mereka dan juga sekolah. SMK Jitra juga masih berada dalam kelompok 10 teratas dalam keputusan ini pada peringkat negeri Kedah dengan GPK Sekolah 2.76. Seramai 6 orang mencapai 11 A , 17 orang mencapai 10 A manakala 9 A seramai 18 orang.

         Pencapaian keputusan SPM pada tahun ini mengalami penurunan berdasarkan Gred Purata Nasional (GPN) berbanding tahun 2013. Namun begitu,  menurut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin , keputusan tersebut boleh dianggap sebagai memuaskan kerana calon mampu menjawab soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dengan baik (KBAT)  walaupun peratusan soalan sedemikian telah meningkat. 

           Tahniah kepada para pelajar yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya pula , usah berputus asa kerana perjalanan masih jauh. Semoga pencapaian keputusan SPM 2014 ini akan menaikkan lagi semangat para pelajar yang lain untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapai keputusan SPM yang cemerlang kelak. 

No comments:

Post a Comment

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BAKERS 2024

[ 21 April 2024 ] Bertempat di Dewan Ibnu Sina, SMK Jitra telah berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Bakers 2024. Semoga para bakers SMK...