Monday 15 June 2015

SMK JITRA MENJALIN KASIH DENGAN KAMPUNG PERING

 "Kami sedia berbakti"
23 Mei 2015 - Program Kembara Jalinan Kasih Jubli Emas SMK Jitra telah diadakan pada 23.05.2015. Pelbagai aktiviti diadakan bagi memenuhi program sehari bersama-sama penduduk di kampung tersebut. Semua peserta berkumpul di sekolah sebelum bertolak ke Kampung Pering. Tambah bersejarah apabila pelajar-pelajar Prau 2 menyertai konvoi bermotosikal di samping pelajar-pelajar dari Tingkatan 1 hingga 5 yang turut mengikuti rombongan.

 Berehat sebentar melepaskan lelah

Semua peserta disambut meriah dengan hidangan sarapan yang menyelerakan disediakan oleh penduduk kampung. Slot untuk para guru dan penduduk kampung dimulakan dengan ceramah kesihatan, diikuti ceramah keluarga bahagia. Seusai ceramah, majlis perasmian diadakan diikuti Kenduri Rakyat .

 Ceramah kesihatan
Konvoi Bermotosikal

            Sesi petang diserikan dengan pelbagai permainan sukaneka, di samping bola sepak sebagai permainan utama. Program ini benar-benar mengeratkan silaturahim antara warga SMK Jitra dengan penduduk kampung. Di samping itu, para pelajar turut merasai kehidupan di kampung dan  bergotong-royong bersama-sama penduduk kampung.







No comments:

Post a Comment

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ROSMAWATI BINTI JUMAAH

[ 4 April 2024 ] Pada hari khamis yang lalu telah berlangsungnya Majlis Persaraan salah seorang pendidik yang terunggul SMK Jitra iaitu Cikg...