Tuesday 22 December 2015

PERMOHONAN UPU ONLINE - ALYA

Perhatian kepada semua calon SPM 2015 !

Permohonan UPU secara online akan dibuka mulai 18 Januari 2016 dan akan ditutup pada 5 April 2016 . Permohonan boleh dibuat melalui laman web http://upu.mohe.gov.my

Sila rujuk gambar di bawah untuk keterangan yang lebih lanjut .

Monday 14 December 2015

KEPUTUSAN PT3 2015 - SAKINA, MARYAM , 'AQILAH , ALYA , SYAREH , AMIRUL

14 Disember 2015 - Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Selama 3 tahun pelajar-pelajar yang mengambil PT3 tahun 2015 menelaah pelajaran bagi pentaksiran ini. Hari tersebut merupakan hari yang bersejarah bagi pelajar PT3 2015 mengetahui keputusan PT3 mereka. Majlis ini dimulai dengan bacaan doa oleh pelajar PT3 sendiri, Muhammad Ammar Qayyum. Bacaan doanya yang syahdu dan bermakna memberi kekuatan kepada seluruh warga sekolah yang hadir agar kami semua meneruskan kehidupan dengan kejayaan di dunia dan di akhirat. Majlis diteruskan lagi dengan ucapan Pengetua SMKJ, Encik Rushdan dengan pelbagai informasi mengenai PT3 2015 ini. Pengetua juga berkata ini bukanlah titik terakhir bagi yang tidak mendapat keputusan cemerlang. Mereka masih berpeluang untuk berusaha dengan lebih jitu pada SPM 2017 yang akan datang.







Seramai 217 pelajar PT3 2015 di SMK Jitra.  13 orang pelajar SMK Jitra telah mendapat " straight A" dan seramai 41 orang pelajar merupakan sisipan "straight A " dalam PT3 2015 . Antara pelajar yang mendapat " straight A " ialah:


Aida Adriana binti Abdul Aziz (3 Fathonah)
Ang Kian Guan (3 Cemerlang) 
Chan Zhee Yee (3 Cemerlang) 
Janice Ko Keh Shin (3 Cemerlang) 
Lui Qi Li (3 Cemerlang)  
Leong Xin Yi (3 Cemerlang) 
Ng Yen Dee (3 Cemerlang) 
Ooi Hui En (3 Cemerlang)
Deevagaran Naidu a/l Baiskaran (3 Cemerlang) 
 Jannah binti Mohamad Rozi (3 Cemerlang)
Kayla Ooi Yu Jin (3 Intelek) 
Ooi Yee Mun (3 Intelek) 
Yeong Wei Chung (3 Intelek)














Warga buletin berpeluang untuk menemu ramah tiga orang pelajar cemerlang PT3 2015. Mereka telah berkongsi rahsia kejayaan mereka untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam PT3. 

AIDA ADRIANA
- Jangan tinggal solat
- Selalu berdoa
- Tumpu perhatian sewaktu cikgu sedang mengajar kerana perkara yang cikgu ajar banyak membantu
- Kongsi ilmu dengan rakan - rakan
- Usaha bersungguh - sungguh dan tawakal kepada Allah
KAYLA OOI YU JIN
- Study smart
- Makan dengan cukup untuk mendapat tenaga semasa belajar
- Urus masa sendiri dengan sistematik
- Jangan guna telefon pintar
- Jangan terlalu stres semasa belajar
OOI YEE MUN
- Hadir kelas tuisyen
- Jauhkan diri dari media sosial
- Urus masa dengan elok
- Buat persediaan awal

Tahniah kepada para pelajar yang cemerlang. Bagi yang tidak berjaya, usahlah berputus asa kerana masih banyak peluang untuk berjaya. Perjalanan masih jauh jadi sentiasalah berusaha. Semoga pelajar lain yang bakal menghadapi PT3 pada masa akan datang mendapat semangat untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

Monday 7 December 2015

TARIKH RASMI KEPUTUSAN PT3 2015 DIUMUMKAN KELUAR - ALYA

Tarikh keputusan rasmi peperiksaan PT3 2015 diumumkan keluar. Bagi calon PT3 yang telah selesai menjalani peperiksaan awam PT3 untuk tahun 2015, semakan keputusan PT3 boleh disemak mulai Isnin 14 Disember 2015. Terdahulu, calon PT3 2015 merupakan calon kumpulan kedua yang  telah mengharungi peperiksaan PT3 sejak ianya mula dilaksanakan mulai tahun 2014 bagi menggantikan peperiksaan PMR.
 
Tarikh Keputusan Rasmi PT3 2015 Diumumkan Keluar (Rasmi)
Keputusan PT3 2015 akan diumumkan keluar pada Isnin 14 Disember 2015. Tarikh rasmi itu telah diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Semakan Keputusan PT3 2015 Menerusi Sekolah
Calon PT3 2015 boleh mengambil slip keputusan PT3 di Sekolah Masing-Masing bermula pada pukul 10.00 pagi pada hari keputusan PT3 diumumkan keluar iaitu pada 14 Disember 2015. Format pakaian adalah memakai baju sekolah dengan kemas.
Semakan Keputusan PT3 2015 Online
Semakan boleh dibuat menerusi http://www.moe.gov.my/ atau http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php setelah tarikh keputusan diumumkan keluar.

KARNIVAL PERMOTORAN ANJURAN MARA - SAKINA

 KARNIVAL PERMOTORAN KEDAH

TARIKH: 11 - 13 DISEMBER

TEMPAT: PERKARANGAN STADIUM DARUL AMAN, ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN.

PADA:  8 PAGI - 10:30 MALAM

ANDA SEMUA DIJEMPUT DATANG BERAMAI -RAMAI  BAGI MEMERIAHKAN KARNIVAL INI







#datangjangantakdatang

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....