Sunday 24 January 2016

KEJOHANAN MERENTAS ALAM 2016 - MARYAM

21 Januari 2016 - Kejohanan Merentas Alam 2016 telah berlangsung pada hari Khamis yang lalu dengan meriahnya. Kejohanan tersebut disertai oleh semua pelajar SMK Jitra mewakili rumah sukan masing-masing iaitu Zamrud, Nilam, Baiduri, Mutiara dan Delima. Pada waktu petang, semua pelajar  dan guru berkumpul di Stadium Mini untuk memanaskan badan sebelum memulakan larian. Para peserta memulakan acara larian mengikut kategori. Acara merentas alam ini terbahagi kepada 6 kategori iaitu 15L, 15P, 18L, 18P, T6L dan T6P. Jarak larian bagi 18L adalah 8 km manakala jarak larian bagi kategori yang lain adalah 5 km. Peserta-peserta bersaing dengan sengit untuk menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing untuk memingkul gelaran juara bagi Kejohanan Merentas Alam pada tahun ini.


Pelajar 18L bersedia untuk memulakan acara larian

Pelajar-pelajar berjaya menamatkan larian dengan sedaya upaya walaupun cuaca panas. Guru-guru rumah sukan menyediakan makanan dan minuman kepada para pelajar. Setelah selesainya larian, semua guru dan pelajat berkumpul di Dewan Ibnu Sina untuk majlis penutupan. Kejohanan Merentas Alam ini diakhiri dengan ucapan pengetua, En Ahmad Rushdan Bin Abdul Aziz dan upacara penyampaian hadiah. Johan keseluruhan Kejohanan Merentas Alam 2016 dimenangi oleh rumah Nilam manakala naib johan disandang oleh rumah Delima. Ternyata rumah Nilam ini sangat berbisa kerana mampu bertahan sebagai juara selama 4 tahun berturut-turut.








Semoga pelajar-pelajar insan minda kelas pertama sentiasa cergas dan aktif dalam sukan di samping menghargai keindahan alam di sekeliling kita.

No comments:

Post a Comment

MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2024

[ 11 Mac 2024] Pada hari kedua persekolahan sesi 2024 , SMJ telah adakan Majlis Pelancaran Ihya' Ramadhan di dewan Ibnu Sina ,SMK Jitra....