Monday 7 March 2016

KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSK 2016 - MARYAM

25 - 27 Februari 2016 - Kemenangan besar yang diperoleh oleh pasukan SMK Jitra dalam Kejohanan Bola Tampar MSSD yang lalu telah melayakkan beberapa orang pelajar SMK Jitra untuk bertanding pada peringkat negeri. Kejohanan bola tampar peringkat negeri telah berlangsung selama 3 hari berturut-turut di Sekolah Menengah Kebangsaan Jitra. Terdapat 4 kategori yang dijalankan iaitu bawah 18(L), 18(P), 12(L) dan 12(P). Warga SMK Jitra menyaksikan pasukan Kubang Pasu yang diwakili oleh 9 orang pelajar SMK Jitra bagi 18(L) dan 4 orang pelajar bagi 18(P).

Kubang Pasu telah memperoleh johan bagi kategori 18(L) dan naib johan bagi kategori 18(P). Kejayaan yang dikecapi ini amat membanggakan seluruh warga SMK Jitra tambahan pula SMK Jitra sentiasa gemilang dalam sukan bola tampar. Kejayaan ini merupakan hasil daripada usaha atlet yang gigih dan jurulatih yang handal dalam mengendalikan sesi latihan yang berkesan untuk atlet.

6 orang pelajar SMK Jitra telah terpilih untuk bertanding dalam Kejohanan Bola Tampar MSSM yang bakal berlangsung di Pahang. Semoga kejayaan yang lebih besar dapat dicapai pada peringkat yang seterusnya. InsyaAllah.


Penyampaian hadiah kepada 18(P)
Penyampaian hadiah kepada 18(L)
Pasukan Kubang Pasu bersama jurulatih

No comments:

Post a Comment

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI SMK JITRA 2024

2 Mei 2024 bersamaan 24 Syawal 1445H, berlangsungnya Sambutan Hari Raya SMK Jitra 2024. Sambutan hari raya pada tahun ini disambut dengan me...