Thursday, 28 April 2016

PERTANDINGAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN - NISA

23 & 24 April 2016 - Pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu , SMK Jitra telah menjadi tuan rumah bagi Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Daerah Kubang Pasu.
Pertandingan ini telah berlangsung selama dua hari di SMK Jitra. Sekolah - sekolah di daerah Kubang Pasu hadir memenuhi lokasi pertandingan seawal jam 8.00 pagi.

Antara pembahas yang mewakili SMK Jitra ialah :
1. Mohammad Amirul Aiman Bin Ismail
2. Mohd Shafiq Akmal Bin Shaharizal
3. Safiah Binti Rodzi
4. Nur Shaza Alya Binti Mohd Halim
5. Nur Ain Binti Zakaria

Setelah berhempas - pulas berentap dengan pihak lawan , akhirnya SMK Jitra berjaya memasuki peringkat akhir. Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen peringkat akhir berlangsung pada hari Ahad bertempat di Dewan Ibnu Sina pada jam 11.30 pagi. Semua pelajar Tingkatan 4 dijemput untuk menyaksikan peringkat akhir di antara SMK Jitra dan SMK Hosba.

Akhirnya , SMK Jitra telah berjaya menumbangkan SMK Hosba dan merangkul johan dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Peringkat Daerah Kubang Pasu pada tahun ini. Apa yang lebih membanggakan lagi ialah Mohammad Amirul Aiman Bin Ismail telah dinobatkan sebagai pembahas terbaik.

Tahniah diucapkan kepada pasukan bahas SMK Jitra. Semoga SMK Jitra akan terus mengekalkan kejuaraan pada peringkat negeri nanti. 

No comments:

Post a Comment